saya

saya

Tuesday 3 January 2012

AZAM TAHUN BARU

assalamuailaikum w.b.t

hmm.. tahun nie aku ada banyak azam.. selalunya bila tahun baru jek aku tulis dalam kertas apa azam aku dan aku selit-selitkan dalam buku kesayangan..

tapi tahun nie.. nak tulis kat blog CERITERA HATI SAYA..

# azam aku yang pertama sekali, aku nak berubah jadi seorang yang lebih sabar dalam hidup aku nie.. walaupun aku ada banyak sangat masalah kadang-kadang rasa dah macam nak kene sakit mental tapi aku nak tahun nie aku sabar dan lebih bersabar.. bak kata ibunda ku "manusia ni ada macam-macam jenis.. ada manusia yang pandai menghargai pengorbanan yang kita buat kat dia masa dia susah.. masa dia tengah jatuh, kita sama-sama tolong dia bangun balik.. tapi ada satu lagi jenis manusia nie bila susah kita lah orang yang dia perlukan tapi bila senang hmm... hampeh.. tapi x pelah aku nak berpegang pada kata-kata ibunda ku.. kita harus sabar dan bersabar.. bila dengar pengalam hidup ibunda ku.. dulu ibunda ku ditindas dengan macam-macam orang tapi ibundaku sabar dan tak pernah balas.. dan sekarang aku boleh nampak bertapa susahnya hidup orang yang menindas hidup ibunda ku.. akhirnya ibunda ku jua yang diminta tolong.. lupa ke dia apa yang dia buat? dia tak sedarkan orang yang dia minta tolong itu orang yang dia tindas? dia tak sedar ke orang yang dia minta tolong tu, dia pernah buat orang tu menangis kerana dia?" jadi sekarang aku nak jadi orang yang penyabar.. perjalanan hidup aku jauh lagi.. aku nak jalani kehidupan aku dengan tenang.. yang lepas biarlah lepas.. setiap manusia tak akan pernah lari dari dihukum.. Dunia semakin keakhirnya dan kita harus sama-sama cari kebahagian untuk hidup ke akhirnya..

#azam yang kedua aku nak jadi anak dan hamba Allah yang lebih baik dari dulu.. aku banyak buat dosa tapi mak selalu pesan kalau kita taubat Allah mesti terima taubat kita janji jangan ulangi lagi.. aku dah tak nak buat mak dan ayah aku disoal diakhirat nanti dengan perangai anak dia sorang macam nie.. hmm.. aku nak mak ayah aku bahagia kat akhirat jadi aku kene lah jadi manusia yang baik.. berubah dari arah kejahilan ilmu agama, berubah dari seorang yang baru nak kenal kehidupan, berubah dari seorang yang selalu mengikut kata hati kepada seorang yang manusia yang baik dan  diberkati Allah.. aku tak nak terus dan terus kehidupan aku terus hidup tanpa redha Allah.. aku manusia jahil.. dah sampai masa untuk aku kembali kejalan tuhan.. biar macam mana susah pun nak berubah aku kene cuba sampai aku berjaya.. aku tak nak terus hanyut dalam dunia aku yang gelap dulu..  semoga aku berjaya..

#azam aku yang ketiga aku nak jadi seorang yang sentiasa redha dan terima kenyataan tuhan.. dulu aku seorang yang sangat susah nak terima kenyataan dunia.. hati dengan jiwa aku sentiasa memberontak tapi sekarang aku cuba untuk kawal semua itu.. harapan aku berjya menjadi manusia yang redha dengan ketentuan dan kehendak Allah..

#azam aku yang keempat nak belajar bersungguh-sungguh dan sebelum umur 30 insyahlah kalau Allah izinkan aku nak ada syarikat aku sendiri.. aku nak fous deat pelajaran.. aku boleh nampak bertapa gembiranya hati mak dan ayah aku bila aku dengan kakak balik rumah hati tu bawa kejayaan.. jadi tak salah aku nak buat mak dengan ayah senyum dan gembira macam hari tu.. dan kalau boleh sebelum umur aku 30 tahun aku nak buka syarikat aku sendiri.. aku nak bertapak atas kaki aku sendiri.. aku nak bagi mak dan ayah aku kemewahan.. aku nak bagi mak dan ayah aku merasa duduk rumah besar pakai kereta besar... itu azam aku yang aku nak sangat bagi dekat mak dan ayah...

#azam aku kelima aku nak perbaiki diri aku.. diri aku nie banyak sangat cacat cela.. jadi aku nak perbaiki diri aku.. pemikiran aku.. iman aku.. aku nak hidup kat bumi tuhan ni sebab Allah.. 

#azam aku keenam aku nak bagi mak dengan ayah aku bangga sebab aku dah janji dengan diaorang yang aku konvo nanti, aku nak mak dan ayah aku jadi orang yang paling bangga tengok anak dia amik sijil..

*setakat nie tu jek yang ada dalam fikiran aku.. nanti aku update dari semasa ke semasa..

#semoga kebahagian tetap milik aku#
#sayang mak dan ayah sangat#


No comments:

Post a Comment