saya

saya

Monday 30 January 2012

Tolong Pesan Pada Si Dia

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta NYA
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihatkan si dia, jangan menyintaiku lebih dpd dia mencinta Yang Maha Esa
Tolong nasihatkan si dia, jangan mengingatiku lebih dpd dia mengingati Yang Maha Perkasa
Tolong nasihatkan si dia, jgn mendoakanku lebih dpd dia mendoakan kedua ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, Utamakan Allah kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ ada redha Allah
Tolong sedarkan si dia, Aku Milik Tuhan Yang Maha Kuasa
Tolong sedarkan si dia, Aku masih punya keluarga
Tolong sedarkan si dia, dia ada tanggungjawab besar kepada keluarganya
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi penyebab kegagalannya
Tolong pesan pada si dia, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya di dalam perjuangannya
Tolong khabarkan pada si dia, tiada sia-sia menjadi penagih cinta ilahi

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendamba cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Pengasih
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya ALLAH, yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku ini sampai kepada si dia walau aku sendiri tidak tahu  di mana si dia berada..
Semoga Allah meredhai..

#menjemput bidadari#

Tuesday 17 January 2012

:syukur:

assalamuailaikum w.b.t..
syukur sangat-sangat kehadrat ilahi...
jiwa hati perasaan semakin tenang...
saya semakin temui kebahagian saya..
saya syukur disebalik kesulitan yang saya hadapi akhinya 
saya boleh senyum dengan ikhlas sekalarang..
betul kata semua orang 
disebalik kesulitan pasti akan ada kemanisan
setiap ujian yang tuhan bagi kita itu adalah salah satu cara untuk
merapatkan apa yang telah renggang antara kita dengan pencipta kita..
semakin kita banyak bersabar semakin indah kehidupan kita sebenarnya..
itulah yang aku belajar dari kesulitan aku yang lama..
dulu aku pernah jatuh.. menangis kerana tak tahan dengan dugaan kehidupan..
aku pernah sakit..
aku pernah kecewa
tapi kalau kita sabar
sentiasa ada sifat pemaaf
pasti kita akan peroleh pelangi dalam kehiupan kita..

setiap cubaan atau dugaan yang tuhan bagi itu ada hikmah yang tersembunyi...

SEMOGA KEBAHAGIA AKAN SENTIASA MILIK SAYA..
TERIMA KASIH ALLAH:)

Saturday 14 January 2012

:cahaya keinsafan:

Assalamuailaikum w.b.t

Banyak benda yang aku nak berkongsi untuk posts kali nie..

hari ni kami lepak bersama.. seperti biasa tiada yang kurang antara kami.. saling mencukupi antara satu sama lain..
D,F,A,S,Z
sedang kami lepak bersama dan berborak tertiba salah seorang dari kami membuka cerita..

ni antara dialog yang aku ingat.. kalau lupa sorry..

A: korang rasa kita dapat berkumpul macam ni lagi tak dekat akhirat nanti..
D(aku lah): asal cakap macam ni? dah tak sabar sangat ke?
A:bukan lah.. korang dengar tak bunyi apa tu?
azan asar berkumandang.:(
S: azan asar kenapa?
A: cube korang tengok sekarang ni azan asar tapi kitaorang still melepak sembang-sembang.. tak rasa bersalah langsung dengan Allah.. dah lah kita tumpang dunia dia.. hirup udara yang dia bagi percuma.. guna akal yang dia bagi percuma.. hmm..
Z: ha;a ek.. kadang-kadang aku rasa macam tak layak untuk hidup dekat dunia ni.. kita ni nama je islam tapi sembahyang jauh sekali.. azan boleh buat bongok jer.. 
D:aku pun rasa macam itu.. kita nie banyak sangat dose kat dunia ni...
A:kita bukan setakat buat dosa abaikan waktu solat kita tapi kita semua nie bercouple2.. kan dah terang-terangan yang bercouple itu haram.. tapi kita semua buatkan.. aku pun sama..
F:bukan itu jek.. kita selalu takut yang kita nie ketingalan zaman dalam berfesyen.. tengok lah pakaian kita semua ni.. dengan selendang yang tak tutp bahagian dada.. dengan jeans ketat masing-masing.. aku pun kita semua.. enta macam mana lah kita semua nantikan kat akhirat.. entah dapat kumpul macam ni balik ke tak kan..
M:dah tahu 2 bagus lah.. jadi kita semua mestilah berubah.. tak perlu berubah mendadak.. tapi slow-sloe berubah boleh kan.. dari yang ad couple 2 kurang-kurangkan.. kita semua buat dosa tapi ayah kita yang tanggung.. kadang-kadang aku fikir, aku kesian dekat ayah aku.. kita semua date nan bf masing-masing tapi ayah kita yang tanggung dosa date kita 2 kan?
D:ha'a an.. ada setengah perempuan nie bila dah kawin baru nak bertudung sebab takut suami diaorg masuk neraka tapi x nak fikir ke ayah dorang yang tengah tanggung dosa diaorang sekarang..
A: entahlah kita semua nie sebernya tak layak lagi nak msuk syurga.. jadi semua dah besar dah boleh fikir baik buruk sesuatu perkata fikirlah..

secara tertiba timbul rasa keinsafan dalam jiwa kami.. dulu kami sering hanyut dengan dunia.. terlalu kejarkan dunia.. istilah BERCOUPLE  bagi kami perkara biasa.. adakalanya azan maghrib berkumandang kami semua sibuk dengan karaoke.. tengok movie.. teruk nyer kami... tapi kami bersyukur masih diberi peluang untuk perbaiki kekurangan diri kami.. kami tak nak terus hanyut.. bercinta memang fitrah tapi lebih baik jika cinta hati hanya sang si bakal suami seorang saja yang memiliki nya.. 

kami ada membuat perjanjian dalam persahabatan kami
insyahallah jika tuhan mengizinkan kami ingin
berkumpul semula di akhirat seperti mana kami berkumpul didunia..

^kami cuba untuk tidak BERCOUPLE.. membuang istilah bercouple dalam kehidupan kami.. dan mengikuti cara S "kami tak bercinta tapi hanya berkenalan secara rapat"
semoga impian kami yang pertama tercapai^


^kami cuba sedaya upaya dan mengeluarkan segala kudrat yang ada untuk kami tidak terus-terusan menjadi mangsa fesyen akhir zaman.. atau lebih baik memakai pakaian muslimah.. kalau sangup berhabis-habisan untuk shoping beli pakaian akhir zaman kami mampu tak kan pakaian muslimah kami tak mampu:)^
yang macam nie kan yang kita semua bincangkan?


atau


nie lagi sesuai untuk kita yang moden:)

^kami cuba sedaya upaya kami untuk cube menjadi muslimah yang terbaik.. "sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang mana-mana lelaki dan memandang mana-mana lelaki^


^kami juga berazam untuk tidak ke karaoke dan wayang.. berhibur untuk lepaskan tekanan boleh tapi banyak cara lain lagikan.. ^



#semoga persahabatan kami terus utuh dan sentiasa berada dibawah redha Allah#
#aku sayang persahabatan kita#
#susah senang kita sentiasa bersama#

*kau lah teman kau lah sahabat*





DYANA FARIZZA
#pasti yang lain pun mengupdate benda yang sama#


Friday 13 January 2012

:Biarkan hati saya berlabuh pada jalan Allah:

Assalamuailaikum w.b.t

bila bicara tentang CINTA pasti aku orang yang mendiamkan diri..
bila kawan-kawan saya berkongsi tentang cinta mereka 
saya berasa sangat seronok punya cinta..
ada orang yang sayang..
ada orang teman..

hati ini bukan tak nak bercinta 
tapi saya takut kecewa..
lalu saya mengambil prinsip hidup saya iaitu
BERCINTA SELEPAS NIKAH
tapi mampukan saya berpegang teguh pada prinsip saya?

saya hanya mahukan hati saya ini berlabuh pada jalan yang diredhai ALLAH
sesungguhnya hati ini hanya pinjaman..
hati saya milik ALLAH yang satu..
saya risau jika hati ini akan kecundang dan melawan prinsip saya..
saya akui hati saya ini masih milik insan yang lama
walaupun kami tidak lagi bersama tapi cinta dan kasih sayang yang di berikan
masih lagi berbekas di hati ini..
tapi saya lebih selesa bersedirian,.

saya lebih selesa bergini tanpa ikatan mana-mana hati..
tanpa hati saya berpaut pada sesiapa..
hati saya milik ALLAH

Hati adalah pusat segala-galanya. Penuhilah ia dengan zikir dan mengingati Allah, nescaya ia akan memberi ketenangan dan kebahagiaan” 
::Wasiat Imam Bukhari::

hati saya adalah segala-galanya.. 

jika hati saya penuh dengan ketenangan dan kebahagian saya percaya
dan pasti jodoh itu akan datang kepada saya..
saya hanya mahukan hati ini berlabuh pada jalan yang diredhai ALLAH 
dan hanya pada sesiapa yang bakal bergelar suami saya tanpa dikongsi dengan sesiapa..

mungkin kecewa lama mengajar saya erti cinta yang sebenar..
mungkin ALLAH kirimkan dia untuk saya adalah untuk mengenalkan saya erti sebuah kehidupan..
walaupun berakhir dengan perpisahan tapi saya dapat mempelajari sesuatu dari hubungan itu..
saya mula untuk memegang prinsip bahawa cinta selepas nikah is better..

saya mahu jadi yang terbaik untuk 
ALLAH
MAK AYAH
KELUARGA
saya mahu masa remaja saya dihabiskan sebaiknya dengan mereka..

saya risau jika hati ini akan terkeluar dari landasan itu..
tapi saya tak mahu terus hanyut dalam dunia CINTA palsu ni..

Ya Allah kau tetapkan iman dan pendirian hambamu ini..

saya mahu cinta saya berlabuh pada jalan ALLAH
saya mahu cinta saya hanya pada bakal suami saya..
cinta hati saya tidak layak untuk dikongsi dengan lelaki lain 
selain dari bakal suami saya..

saya akui walaupun hati ini pernah berlabuh pada banyak hati sebelum ini..
tapi saya betul-betul mahukan perubahan dalam kehidupan..
saya mahu perbaiki diri saya yang serba kekurangan ini..
saya tidak mahu yang sempurna..
tetapi saya yakin saya boleh ke arah kesempuraan itu..
saya menyesal dengan kesilapan lama saya..
saya terlalu banyak biarkan hati saya berlabuh pada hati yang tidak sepatutnya..

saya mahukan seperti ini:
❝Jika di Akhirat nanti, semua masuk ke Syurga kecuali 'dia.'. Aku bimbang, 'dia' adalah diriku..
Jika di Akhirat nanti, semua ke Neraka kecuali 'dia'.. Aku harapkan, 'dia' adalah diriku..❞
:: Umar Al-Khattab ::

hati kurniaan ALLAH ini terlalu bernilai untuk dipersia-siakan..
kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tidak mampu setia , jangan pernah membuat janji
kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan

>>>kerana hati manusia itu terlalu bernilai dan terlalu berharga untuk di sakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan dan untuk di hancurkan... (✿◠‿◠)

saya percaya dengan janji ALLAH
sesungguhnya ALLAH tak pernah mungkir janji..
Allah dah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
Dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. 
Jadi, apa anda perlu risau?
Anda cuma perlu jadi baik untuk dapatkan yang baik.
Jadi yang terbaik, dapat yang terbaik,InsyaAllah.
Usaha+Doa+tawakkal. Pasti ada jalannya.... ♥
SAYA MAHU PERBAIKI DIRI SAYA!!

saya tak mahu kecewakan pemilik hati saya yang sebenar
Jika manusia mencewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu,

Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu,

Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu,

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu ...


insyahallah saya pasti akan temui kebahagian yang sebenar jika saya melabuhkan hati saya peda pemilik yang sebenar..

jangan pernah mencintai manusia lebih dari mencintai ALLAH

*menjemput bidadari*


Saturday 7 January 2012

kebahagian jangan pergi

Assalamuailaikum w.b.t

alhamdulilah kehidupan aku semakin tenang dengan masalah-masalah yang semakin aku berjaya selesaikan..
syukur Allah semakin dekat dengan saya..
semakin dekat Allah dengan kita semakin kita akan rasa erti kebahgian kehidupan yang sebenar..
saya dah peroleh kebahgian sebenar..
apabila bersama keluarga..
saya bahagia...

saya tak perlu cinta sang kekasih tetapi saya hanya perlu cinta Allah dan keluarga untuk buat saya bahagia...
saya percaya setiap manusia Allah dah tentukan jodoh masing-masing..
kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya..
saya mahu perbaiki diri saya sebelum bertemu dengan cinta saya..
jika mahu jodoh yang baik saya harus persiapkan diri saya sebaik mungkin...:)

Friday 6 January 2012

hmm.:

tekanan
stress
tak tahu mana satu
entahlah
aku dah pening
malas nak fikir!!!

YA ALLAH KAU TETAPKAN IMAN AKU:)

Wednesday 4 January 2012

Latihan Industri:

Assalamuailaikum w.b.t
tertiber tergerak hati nie fikir pasal LATIHAN INDUSTRI pada 2 Januari 2012 ni..
sumpah aku rindu zaman IKM aku..
rindu nak duduk dengan diaorang semua..
aku pratikal nanti duduk dengan tunang abg aku..
kak ika.. 
kak ika nie pun jarang ada dekat rumah sebab dia keje ad shif..
bila dia shift malam alamatnya keseorangan lah aku dekat rumah itu...
hanya ditemani laptop tersayang dan handphone tersayang...
kalau zaman IKM boleh diundr balik aku nak sangat duduk sana..
ada ramai kawan...
aku bosan duduk bilik aku, aku pergi bilik kawan-kawan aku...
kalau lapa aku pergi makan dekat kafe misai...
kalau malas basuh baju aku masuk baju dalam mesin basuh baju pas2 bayar rm2.oo
kalau lagi malas aku hantar dobi jek...

rindu sangat rutin harian aku kat sana...
sarapan dengan kawan-kawan...
rokol pagi amik kedatangan..
main sound-sound orang pagi-pagi...
bila pagi-pagi aku dah bad mood mesti ada orang yang akan jadi mangsa aku..
kesian kan siapa yang selalu jadi mangsa tu...

nie anggota bilik aku
aku rindu dorang sangat sekarang nie...


banyak sangat benda yang aku rindukan dekat IKM
:rindu nak rokol pagi... cuci mata pagi2 bersama kwn2.. hahha
:rindu nak mkn DM
:rindu nak curi line internet
:rindu nak makan kafe barbara nan misai
:rindu nak duduk kat meja batu depan aspuri
:rindu nak sama dengan kawan2
:rindu nak cerita2 (setiap isnin pagi mesti banyak cerita nak share)
:rindu autoCAD, inventor, cls ekon
:rindu cls usahawan,ag,bi & pngjian mlysia
:rindu nak on9 beregu kat cls en.wan
:rindu nak bising2 kat bilik

insan2 yang aku rindu

:tipah:

:zika:

:ida:


:lela:

:dila:

:murni:

:seri:



rindu diaorang semua sangat..
lov u semua..

Tuesday 3 January 2012

umur dah makin tua..

umur aku dah makin tua..
tapi pemikiran aku.. cara aku..
macam budak kecik kan?

baca blog..
bila aku baca blog kau kawan.. 
aku mula sedar..
okey2.. 
setiap manusia buat salah kan?
tak baik kita menghukum orang suka-suka hati kita kan?
semua manusai tak pernah lari dari buat silap..

terima kasih..
titipan dalam blog kau buat aku sedar..

#selamat pagi#
#tak salah kita memaafkan walaupun hati kita terluka#

Dyana Farizza harus berubah!!!

Assalamuailaikum w.b.t..

kita semua memang tak pernah menjangka apa yang Allah nak kurniakan dekat kita kan?
tak sangka Allah itu adalah perancang terhebat dalam kehidupan kita..
kadang-kadang kita lupa dekat Allah 
kita leka hanyut dengan dunia je..
tapi bila Allah bagi kita dugaan 
masa itu hanya Allah jer yang ada dalam fikiran kita kan?
hmmm..

sama lah macam aku...
dulu aku lupa Allah
tapi sekarang bila dugaan demi dugaan yang menimpa diri aku
aku mula sedar yang aku semakin jauh dengan Allah..
aku mula sedar yang aku banyak buat dosa atas muka bumi dye...
aku mula sedar dengan dugaan-dugaan itu...

aku terfikir layak ke manusia macam aku 
yang selalu engkar dengan suruhan Allah
nie hirup udara yang Allah bagi?
guna akal yang Allah kurniakan?

Ya Allah bertapa malunya aku 
bertapa hinanya aku
bertapa jahilnya aku

aku tak pernah mensyukuri nikmat kau 
malahan aku selalu buat perkara mungkar kau..

hmmm..
AKU HARUS BERUBAH..
mati tak pernah mengira masa..
mati bila-bila je..
sedar dyana!! sedar!!

AZAM TAHUN BARU

assalamuailaikum w.b.t

hmm.. tahun nie aku ada banyak azam.. selalunya bila tahun baru jek aku tulis dalam kertas apa azam aku dan aku selit-selitkan dalam buku kesayangan..

tapi tahun nie.. nak tulis kat blog CERITERA HATI SAYA..

# azam aku yang pertama sekali, aku nak berubah jadi seorang yang lebih sabar dalam hidup aku nie.. walaupun aku ada banyak sangat masalah kadang-kadang rasa dah macam nak kene sakit mental tapi aku nak tahun nie aku sabar dan lebih bersabar.. bak kata ibunda ku "manusia ni ada macam-macam jenis.. ada manusia yang pandai menghargai pengorbanan yang kita buat kat dia masa dia susah.. masa dia tengah jatuh, kita sama-sama tolong dia bangun balik.. tapi ada satu lagi jenis manusia nie bila susah kita lah orang yang dia perlukan tapi bila senang hmm... hampeh.. tapi x pelah aku nak berpegang pada kata-kata ibunda ku.. kita harus sabar dan bersabar.. bila dengar pengalam hidup ibunda ku.. dulu ibunda ku ditindas dengan macam-macam orang tapi ibundaku sabar dan tak pernah balas.. dan sekarang aku boleh nampak bertapa susahnya hidup orang yang menindas hidup ibunda ku.. akhirnya ibunda ku jua yang diminta tolong.. lupa ke dia apa yang dia buat? dia tak sedarkan orang yang dia minta tolong itu orang yang dia tindas? dia tak sedar ke orang yang dia minta tolong tu, dia pernah buat orang tu menangis kerana dia?" jadi sekarang aku nak jadi orang yang penyabar.. perjalanan hidup aku jauh lagi.. aku nak jalani kehidupan aku dengan tenang.. yang lepas biarlah lepas.. setiap manusia tak akan pernah lari dari dihukum.. Dunia semakin keakhirnya dan kita harus sama-sama cari kebahagian untuk hidup ke akhirnya..

#azam yang kedua aku nak jadi anak dan hamba Allah yang lebih baik dari dulu.. aku banyak buat dosa tapi mak selalu pesan kalau kita taubat Allah mesti terima taubat kita janji jangan ulangi lagi.. aku dah tak nak buat mak dan ayah aku disoal diakhirat nanti dengan perangai anak dia sorang macam nie.. hmm.. aku nak mak ayah aku bahagia kat akhirat jadi aku kene lah jadi manusia yang baik.. berubah dari arah kejahilan ilmu agama, berubah dari seorang yang baru nak kenal kehidupan, berubah dari seorang yang selalu mengikut kata hati kepada seorang yang manusia yang baik dan  diberkati Allah.. aku tak nak terus dan terus kehidupan aku terus hidup tanpa redha Allah.. aku manusia jahil.. dah sampai masa untuk aku kembali kejalan tuhan.. biar macam mana susah pun nak berubah aku kene cuba sampai aku berjaya.. aku tak nak terus hanyut dalam dunia aku yang gelap dulu..  semoga aku berjaya..

#azam aku yang ketiga aku nak jadi seorang yang sentiasa redha dan terima kenyataan tuhan.. dulu aku seorang yang sangat susah nak terima kenyataan dunia.. hati dengan jiwa aku sentiasa memberontak tapi sekarang aku cuba untuk kawal semua itu.. harapan aku berjya menjadi manusia yang redha dengan ketentuan dan kehendak Allah..

#azam aku yang keempat nak belajar bersungguh-sungguh dan sebelum umur 30 insyahlah kalau Allah izinkan aku nak ada syarikat aku sendiri.. aku nak fous deat pelajaran.. aku boleh nampak bertapa gembiranya hati mak dan ayah aku bila aku dengan kakak balik rumah hati tu bawa kejayaan.. jadi tak salah aku nak buat mak dengan ayah senyum dan gembira macam hari tu.. dan kalau boleh sebelum umur aku 30 tahun aku nak buka syarikat aku sendiri.. aku nak bertapak atas kaki aku sendiri.. aku nak bagi mak dan ayah aku kemewahan.. aku nak bagi mak dan ayah aku merasa duduk rumah besar pakai kereta besar... itu azam aku yang aku nak sangat bagi dekat mak dan ayah...

#azam aku kelima aku nak perbaiki diri aku.. diri aku nie banyak sangat cacat cela.. jadi aku nak perbaiki diri aku.. pemikiran aku.. iman aku.. aku nak hidup kat bumi tuhan ni sebab Allah.. 

#azam aku keenam aku nak bagi mak dengan ayah aku bangga sebab aku dah janji dengan diaorang yang aku konvo nanti, aku nak mak dan ayah aku jadi orang yang paling bangga tengok anak dia amik sijil..

*setakat nie tu jek yang ada dalam fikiran aku.. nanti aku update dari semasa ke semasa..

#semoga kebahagian tetap milik aku#
#sayang mak dan ayah sangat#