saya

saya

Monday 30 January 2012

Tolong Pesan Pada Si Dia

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta NYA
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihatkan si dia, jangan menyintaiku lebih dpd dia mencinta Yang Maha Esa
Tolong nasihatkan si dia, jangan mengingatiku lebih dpd dia mengingati Yang Maha Perkasa
Tolong nasihatkan si dia, jgn mendoakanku lebih dpd dia mendoakan kedua ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, Utamakan Allah kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ ada redha Allah
Tolong sedarkan si dia, Aku Milik Tuhan Yang Maha Kuasa
Tolong sedarkan si dia, Aku masih punya keluarga
Tolong sedarkan si dia, dia ada tanggungjawab besar kepada keluarganya
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi penyebab kegagalannya
Tolong pesan pada si dia, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya di dalam perjuangannya
Tolong khabarkan pada si dia, tiada sia-sia menjadi penagih cinta ilahi

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendamba cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Pengasih
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya ALLAH, yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku ini sampai kepada si dia walau aku sendiri tidak tahu  di mana si dia berada..
Semoga Allah meredhai..

#menjemput bidadari#

No comments:

Post a Comment