saya

saya

Thursday 2 August 2012

Manis cinta itu macam Lolipop

Cinta itu manis taw 
Bercinta itu fitnah semua manusia mahu mencintai dan dicintai 
tetapi jangan sia-sia kan hati yang Tuhan berikan kepada kita dengan sia-sia
hargai hati kita..

Bila cakap soal Jodoh,

Misteri Jodoh taw!!


Inilah yang sering kali berlegar dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia ini.Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak.Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.Bila sudah punya kekasih hati yang cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik buat kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.Zaman ini,sudah berapa banyak kes manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta yang di anyam selama ini atas dasar apa? Kerana rupa?Harta?Nafsu?Kerana itu hati masing-masing mula berubah?Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum bernikah itu penting kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati budi seseorang yang bakal kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.Dari situ akan bermulanya istilah 'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.Dan bila sampai waktunya untuk akad nikah,sudah hilang rasa keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap pasangan.Kerana apa? Kerana kita sudah biasa lakukannya sebelum bernikah.Barangkali perasaan bosan juga mula menguasai diri.Maka,tidak hairanlah kalau ada pasangan yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mula menampakkan diri di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa kini.Pernikahan yang di dirikan atas dasar nafsu dan cinta semata-mata tidak akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang surutnya.Nafsu juga akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi yang tinggal untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.
Jadi  percayalah selain mati, jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..tak perlu tergesa untuk mencari jodoh.. ingat kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menetapkan apa seharusnya milik kita dan apa yang bukan milik kita..Jodoh harus seiring dengan Doa, Usaha dan Tawakal..
PESANAN BU
AT SEMUA:


‎: Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa, Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personaliti.begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan


Inikan lebih baik.. Bertemu jodoh dihadapan kaabah.. depan rumah Allah..
Saya pun mahu cinta seperti ini :) ^_^

Berniat lah :)

Berniatlah kerana Allah, Insyahallah Allah akan tentukan yang terbaik buat kita..


sesungguhnya ALLAH itu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.. 
Dunia ini hanya sementara tetapi ingatlah Akhirat itu yang kekal abadi buat selama-lamanya;)

*semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang diredhai ALLAH..

CINTA





Neraka itu Seksa


jika hati keras dipujuk dosa
kenangkan seketika seksa neraka
jurang dalam hitam yang menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kobaran mengila
kau takkan tega disana

jika gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yang tipis
mampukah kiranya ia menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan direlau nan membuak
panas...panas...panasnya
70 ganda berbanding api dunia

jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahanam
teriak,tangis dan dengus berapi
dihembus dari lidah yang hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati..kau dihidupkan kembali
begitulah...berulang kali

teman....
bayangkan laut itu neraka
bayangkan udara ini bara
bayangkan bumi seluruhnya api
kayu-kayan ,pepasir, dedaun sepanas mentari
balasan penghuninya yang berdosa
maya pada ini bertukar menjadi neraka

bayangkan.....
neraka itu lebih dahsyat
daripada apa yang dapat kau bayangkan
marilah kita terima kesukaran disini
demi mencapai kesenangan abadi
biarlah susah didunia yang sementara
asalkan tak terjun ke neraka yang selamanya..!!!

-persoalan nye,mengapa kite masih
melakukan maksiat...kenapa kite mendekati
serta melanggar murka Allah.....
tanya iman kita dihati.

10 Petanda Dia Jodoh Kita..


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


*sesiapa pun jodoh kita, kita harus terima.. kerana Allah dah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik:)

Saturday 21 July 2012

mengadulah kat ALLAH:)

ALLAH maha mendengar setiap masalah hamba-hambaNya:)
mengadulah kat Allah bukan mengadu dekat bf/gf kaorang:)

Setelah sekian lama, menghilang kan diri..

setelah 5 bulan tak memblog:)
rindu neyr dengan blog.. sibuk dengan urusan hidup yang tak akan pernah habis hingga ke akhir hayat..
selagi hayat di kandung badan kan? macam-macam perubahan dah aku lakukan dalam hidup.. si dia semakin hilang dalam ingatan dan kalau boleh tak nak muncul lagi dalam hidup.. ermmm... masalah tetap menjadi peneman dalam kehidupan Dyana,, semakin dewasa semakin banyak masalah..

sepanjang beberapa bulan aku mendiamkan diri..

abg saudara aku dah berjaya mendirikan rumah tangga:)

tahniah abang ngah faiza dan kak ngah jue:)