saya

saya

Saturday 11 February 2012

reunion :)

setelah sebulan tak jumpa dengan BFF tapi kali nie tak semua yang ada tapi kali nie ada tambah seorang bff baru:)
lama dah tak jumpa dan melepak bersama...
rindu dengan BFF aku nie..
dlu kat clas kteorg tak pernah berpisah walaupun nak pergi clas..
mesti kalo x cukup sorg akan tertanya..
kalo salah seorang tak de msti rindu;)
macam-macam telatah diiorang nie
kali nie aceng punya idea.
aceng bawak kteorng smua g makan kat MUZIUM TOKOH 
sambil berhibur:)

 koyie balik keje terus lepak.. mata rabak habis;) lan gf dah marah balik lambat:)



 BEST FRIEND FOREVER:)
 nie budak birthday boy:)
selamat hari jadi lan:)



semoga persahabatan kita kekal selamanya:)

Friday 10 February 2012

PERMULAAN CITA-CITA

Ewah...
lama kan x mengupdate blog...
sibuk dengan kerja2:)
tapi sekarang aku dah semakin bahagia sebab dah mula nampak permulaan cita-cita aku:)

BENDA nie yang aku idam-idamkan selamana nie..
akhirnya dapat juga...
bergelar seorang pelukis pelan bukan senang:)
walaupun sementara tapi aku percaya aku semakin hampir dengan 
cita-cita aku:) hahahaa..

setiap hari aku belajar sesuatu yang baru.. seronok sangat:)
hahhah:) 
daripada tak pandai nak buat lukisan kabel sekarang aku dah pandai..
buat HDD PROFILE 
BUAT ELECTRICAL SERVICES-SCHEMATIC DIAGRAM:)
seronok-seronok:)
semoga Allah akan membuka jalan yang luas untuk aku:)


Wednesday 1 February 2012

kenapa aku diuji:)

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3 
 Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286

Kenapa rasa kecewa?
 Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139

Bagaimanakah harus aku menghadapinya??
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

kepada siapa aku berharap?


Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129