saya

saya

Friday 13 January 2012

:Biarkan hati saya berlabuh pada jalan Allah:

Assalamuailaikum w.b.t

bila bicara tentang CINTA pasti aku orang yang mendiamkan diri..
bila kawan-kawan saya berkongsi tentang cinta mereka 
saya berasa sangat seronok punya cinta..
ada orang yang sayang..
ada orang teman..

hati ini bukan tak nak bercinta 
tapi saya takut kecewa..
lalu saya mengambil prinsip hidup saya iaitu
BERCINTA SELEPAS NIKAH
tapi mampukan saya berpegang teguh pada prinsip saya?

saya hanya mahukan hati saya ini berlabuh pada jalan yang diredhai ALLAH
sesungguhnya hati ini hanya pinjaman..
hati saya milik ALLAH yang satu..
saya risau jika hati ini akan kecundang dan melawan prinsip saya..
saya akui hati saya ini masih milik insan yang lama
walaupun kami tidak lagi bersama tapi cinta dan kasih sayang yang di berikan
masih lagi berbekas di hati ini..
tapi saya lebih selesa bersedirian,.

saya lebih selesa bergini tanpa ikatan mana-mana hati..
tanpa hati saya berpaut pada sesiapa..
hati saya milik ALLAH

Hati adalah pusat segala-galanya. Penuhilah ia dengan zikir dan mengingati Allah, nescaya ia akan memberi ketenangan dan kebahagiaan” 
::Wasiat Imam Bukhari::

hati saya adalah segala-galanya.. 

jika hati saya penuh dengan ketenangan dan kebahagian saya percaya
dan pasti jodoh itu akan datang kepada saya..
saya hanya mahukan hati ini berlabuh pada jalan yang diredhai ALLAH 
dan hanya pada sesiapa yang bakal bergelar suami saya tanpa dikongsi dengan sesiapa..

mungkin kecewa lama mengajar saya erti cinta yang sebenar..
mungkin ALLAH kirimkan dia untuk saya adalah untuk mengenalkan saya erti sebuah kehidupan..
walaupun berakhir dengan perpisahan tapi saya dapat mempelajari sesuatu dari hubungan itu..
saya mula untuk memegang prinsip bahawa cinta selepas nikah is better..

saya mahu jadi yang terbaik untuk 
ALLAH
MAK AYAH
KELUARGA
saya mahu masa remaja saya dihabiskan sebaiknya dengan mereka..

saya risau jika hati ini akan terkeluar dari landasan itu..
tapi saya tak mahu terus hanyut dalam dunia CINTA palsu ni..

Ya Allah kau tetapkan iman dan pendirian hambamu ini..

saya mahu cinta saya berlabuh pada jalan ALLAH
saya mahu cinta saya hanya pada bakal suami saya..
cinta hati saya tidak layak untuk dikongsi dengan lelaki lain 
selain dari bakal suami saya..

saya akui walaupun hati ini pernah berlabuh pada banyak hati sebelum ini..
tapi saya betul-betul mahukan perubahan dalam kehidupan..
saya mahu perbaiki diri saya yang serba kekurangan ini..
saya tidak mahu yang sempurna..
tetapi saya yakin saya boleh ke arah kesempuraan itu..
saya menyesal dengan kesilapan lama saya..
saya terlalu banyak biarkan hati saya berlabuh pada hati yang tidak sepatutnya..

saya mahukan seperti ini:
❝Jika di Akhirat nanti, semua masuk ke Syurga kecuali 'dia.'. Aku bimbang, 'dia' adalah diriku..
Jika di Akhirat nanti, semua ke Neraka kecuali 'dia'.. Aku harapkan, 'dia' adalah diriku..❞
:: Umar Al-Khattab ::

hati kurniaan ALLAH ini terlalu bernilai untuk dipersia-siakan..
kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tidak mampu setia , jangan pernah membuat janji
kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan

>>>kerana hati manusia itu terlalu bernilai dan terlalu berharga untuk di sakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan dan untuk di hancurkan... (✿◠‿◠)

saya percaya dengan janji ALLAH
sesungguhnya ALLAH tak pernah mungkir janji..
Allah dah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
Dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. 
Jadi, apa anda perlu risau?
Anda cuma perlu jadi baik untuk dapatkan yang baik.
Jadi yang terbaik, dapat yang terbaik,InsyaAllah.
Usaha+Doa+tawakkal. Pasti ada jalannya.... ♥
SAYA MAHU PERBAIKI DIRI SAYA!!

saya tak mahu kecewakan pemilik hati saya yang sebenar
Jika manusia mencewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu,

Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu,

Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu,

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu ...


insyahallah saya pasti akan temui kebahagian yang sebenar jika saya melabuhkan hati saya peda pemilik yang sebenar..

jangan pernah mencintai manusia lebih dari mencintai ALLAH

*menjemput bidadari*


No comments:

Post a Comment